Isnin, 7 September 2009

Calon UPSR perlu bersedia awal elak tekanan

KUALA TERENGGANU - Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang dinasihatkan supaya bersedia lebih awal sebelum menduduki peperiksaan awam, 9 September ini.

Guru besar, Mohd Ali berkata, persiapan diri sangat penting untuk me�ngelakkan diri daripada tertekan pada saat akhir menghadapi UPSR.

Menurut Mohd Ali, ketika menjawab peperiksaan nanti, murid diingatkan supaya mendahulukan soalan yang mudah difahami agar masa yang ada dapat dijimatkan untuk menjawab soalan lebih susah.

Murid juga dinasihati supaya mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan terutama subjek sukar.

Ini sebab, subjek sukar seperti Matematik dan Sains memerlukan murid memahami setiap topik dengan terperinci.

“Seperti sekolah lain, kami turut menyasarkan seramai 15 murid mendapat 5A dan 60 peratus lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan itu nanti,” katanya.

Beliau berharap usaha yang dicurahkan guru mahupun calon membuahkan hasilnya.

Murid juga perlu ketepikan perasaan takut atau tidak yakin sehingga boleh mengganggu konsentrasi mereka kelak.

Sinar Harian: 7 September 2009

Tiada ulasan: