Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Safiah Sharif berkata, sebaik sahaja selesai peperiksaan, semua murid Tahun Enam akan diberikan beberapa latihan oleh guru masing-masing.
Menurutnya, pihak sekolah tidak mahu murid bermain ketika sesi persekolahan berlangsung sedangkan boleh diisi dengan kegiatan berfaedah supaya memperoleh kecemerlangan untuk diri sendiri.
“Kita berharap guru melaksanakan segala program dirancang dan murid pula memberi sokongan kepada pihak sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Safiah berkata, beliau amat berpuas hati dengan perjalanan peperiksaan UPSR selama tiga hari kali ini dan Ketua pengawas, guru pengawas peperiksaan yang dipertanggungjawabkan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) memberi kerjasama serta komitmen cukup baik.
“Tahun ini, calon peperiksaan UPSR sekolah ini hanya kira-kira 75 murid dan mereka mengikut arahan ditetapkan pihak sekolah dan lembaga peperiksaan.
“Kita berharap, tahun ini lebih 10 murid berjaya memperoleh 5A,” katanya.
Sinar Harian: 13 September 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan