Sabtu, 12 September 2009

SMK St Bernadette’s sambut Hari Kokoria





BATU GAJAH - Hari Kokoria menjadi antara program tahunan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Bernadette’s Convent yang bertujuan memberi peluang kepada warga sekolah terbabit mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Program terbabit juga bertujuan memberi peluang kepada warga sekolah itu beramah mesra dan menjalin ikatan silaturahim lebih erat sesama mereka dan keluarga murid.

Program yang diadakan dengan pembabitan semua pihak sekolah itu menjadi lebih bermakna apabila ibu bapa memberi sokongan dengan hadir sendiri memeriahkan majlis sehari itu dengan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Pada majlis itu juga, banyak gerai, pertunjukan dan pameran yang dipertontonkan kepada hadirin yang hadir hasil daripada pembabitan kakitangan dan murid sekolah terbabit.

Selain itu juga, penganjuran program seumpama itu juga mampu mendidik murid itu sendiri di mana masalah disiplin, tingkah laku yang tidak sesuai dan masalah berkaitan aktiviti yang negatif dapat dielakkan.

Apa yang lebih menarik adalah murid diberi pendedahan mengenai kemahiran dalam keusahawanan selain membentuk jati diri terutamanya ketika menjalani aktiviti secara berkumpulan.

Program itu juga mampu mengajar para murid untuk bekerjasama dan bertolak ansur sesama manusia sepanjang mereka mengendalikan gerai yang mereka wakili.

Sinar Harian: 13 September 2009

Tiada ulasan: