Penyelaras Tahun Enam, Suhailah Mamat berkata, sebelum calon memasuki dewan peperiksaan, semua guru bertugas memeriksa terlebih dahulu suhu badan murid serta kemudian memberikan cecair pembersih dipanggil ‘sanitizer’.
Menurutnya, setakat semalam, suhu murid UPSR masih berada di tahap terkawal sekitar 34 hingga 36 darjah selsius.
“Kami lihat, semua calon UPSR sihat dan boleh menduduki peperiksaan dengan selesa,” katanya ketika ditemui di sini.
Suhailah berkata, pihak sekolah turut menyediakan bilik kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat calon mengalami gejala Influenza A (H1N1).
Katanya, pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga selama tiga hari sejak mula peperiksaan Selasa lalu.
“Kelmarin, pihak sekolah didatangi pegawai JPM dan Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah untuk memantau pengurusan dan perjalanan peperiksaan UPSR kali ini.
“Secara keseluruhannya, mereka berpuas hati terhadap pengurusan dan perjalanan sepanjang peperiksaan berlangsung,” katanya.
Peperiksaan UPSR SK Parit Melana turut melibatkan Guru Besarnya, Safiah Sharif dan Ketua Pengawas Peperiksaan diketuai, Rahana Jamil.
Mereka turut dibantu, timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Mohd Helmy Zuhardi Md Rafie dan dua Pengawas Peperiksaan, Norazlina Musa serta Periyanayage Sundaram.
UPSR berjalan lancar melibatkan lima subjek; bahasa Melayu pemahaman, bahasa Melayu penulisan, matematik kertas 1/kertas 2, sains, bahasa Inggeris kertas 1/kertas 2 dan ujian aptitud tahun enam.
Sinar Harian: 11 September 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan