Sabtu, 12 September 2009

Pelajar disaran pilih aliran sesuai kemampuan





KUALA TERENGGANU – Pemilihan aliran sesuai ketika menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membantu mereka merencana kerjaya selepas tamat sekolah menengah.

Guru Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Wan Zawawi Wan Mohamad berkata, pelajar diberi pilihan mengambil aliran yang dikehendaki tetapi perlu berpandukan kepada keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Menurutnya , jika keputusan mereka tidak menepati syarat, sukar bagi mereka mengambil aliran yang diminati.

“Dalam subjek Lukisan Kejuruteraan, kami akan menempatkan pelajar yang mempunyai keputusan Matematik dan Sains yang cemerlang.

“Ini sebab, jika pelajar tidak berkemampuan ditempatkan dalam aliran ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kelak,” katanya.

Menurutnya, pelajar yang tidak berkemampuan pasti tidak dapat menguasai subjek itu.

Sementara, pelajar dikenal pasti sesuai pasti tidak menghadapi kesukaran dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading lebih cerah.

Wan Zawawi berkata, Matematik dan Sains adalah subjek asas menjadi jurutera atau kerjaya yang berkaitan teknikal dan pengiraan.

Sinar Harian: 12 September 2009

Tiada ulasan: