Ahad, 6 September 2009

Tuisyen Gemilang sasar 100 calon capai 5A

SUNGAI SIPUT (U) - Seramai 100 calon yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dewan Undangan Negeri (DUN), Manong terlibat dengan Program Tuisyen Gemilang Yayasan Perak bertempat di sekolah Kebangsaan (SK), Manong, di sini.

:Sebanyak 10 sekolah terpilih menyertai program tersebut iaitu SK Manong, SK Ulu Piol, SK Jeliang, SK Sultan Abdul Aziz, SK Ara Panjang, SK Ulu Kenas dan beberapa lagi sekolah berhampiran.

:Tuisyen tersebut bertujuan memantapkan lagi semangat dan persediaan murid-murid untuk menjawab soalan sewaktu menjalani peperiksaan kelak.

:Guru Besar SK Manong, Abd Wahab Mat Noor berkata, program yang melibatkan murid-murid di Zon Manong tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Perak.:

:Katanya, semua murid-murid terlibat itu adalah yang dipilih daripada calon berpotensi tinggi untuk memperoleh keputusan 5A.

:“Program ini ditaja oleh Yayasan Perak dan melibatkan semua sekolah rendah di zon Manong.

:“Seramai 100 murid-murid terpilih adalah daripada golongan pelajar terbaik dari sekolah masing-masing,” katanya kepada :Sinar Harian :ketiak ditemui pada majlis penutup program berkenaan di Sk Manong, di sini.:

:Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari.

:Beliau berkata, calon terpilih diberi pendedahan tentang teknik-teknik menjawab soalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan bahasa Inggeris.

:“Dalam tuisyen itu, murid-murid diberi tips untuk menjawab soalan peperiksaan.

:“Guru-guru yang mengendalikan tuisyen ini juga terdiri daripada jurulatih utama kelompok di kawasan ini,” katanya.

:Katanya, program tersebut adalah sebagai salah satu langkah bagi memastikan murid-murid mencapai sasaran pihak sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

:“Tujuannya untuk beri memberi dorongan semangat kepada murid-murid bagi mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.

:“Sasaran utama kita supaya semua yang terlibat akan memperoleh keputusan 5A,” katanya.

Sinar Harian: 6 September 2009

Tiada ulasan: