Ahad, 6 September 2009

9 tahun dibuka, SKKJ kecapi kejayaan

KAMPUNG JAMBU – :Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu (SKKJ) adalah sekolah yang baru dibuka untuk sesi persekolahan pertamanya pada Januari 2000.

Sekolah ini terletak di dalam kawasan perumahan Kampung Jambu iaitu di tengah Bandar Taiping.

Pada awal pembukaannya, terdapat kira-kira 610 pelajar daripada tahun 1 hingga 5 iaitu 369 pelajar lelaki dan 241 pelajar perempuan yang terdiri daripada pelbagai kaum, kini bilangan kelas ialah 29 buah dan 55 guru.

Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan empat tingkat yang baru dan menjalani satu sesi persekolahan sahaja.

Bilangan pelajar meningkat dari setahun ke setahun dan jumlah pelajar terkini seramai 965 orang.

Guru besar sekolah berkenaan, Wan Maznah Alang Ahmad berkata, sepanjang sembilan tahun sekolah ini dibuka, banyak pencapaian yang dicapai sama ada melalui aktiviti kokurikulum mahupun akademik.

"Kejayaan ini membantu sekolah mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun ini. "Semuanya berkat usaha pelajar dan guru untuk menjadikan SKKJ cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya.

Menurutnya, moto sekolah iaitu kesempurnaan dan kecemerlangan yang amat bersesuaian apabila mampu melahirkan pelajar berkualiti daripada pelbagai sudut selain mempunyai daya saing yang tinggi.

"Di samping itu, misi ini adalah sentiasa meningkatkan prestasi sekolah dalam setiap peperiksaan dari semasa ke semasa.

"Sekolah ini juga ke arah melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia selaras dengan tuntutan agama," katanya.

Katanya, komitmen warga sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah, jabatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat setempat.

Sinar Harian: 6 September 2009

2 ulasan:

chekgu berkata...

Tahniah...Kejayaan yang diperolehi merupakan satu kejayaan yang diperolehi hasil kerjasama daripada seluruh warga SKKJ...bukan kejayaan individu.Tanpa komitmen semua pihak adalah mustahil untuk mengecapi kejayaan ini."Bulat air kerana pembantung...bulat masyarakat kerana muafakat"...Tahniah sekali lagi kepada Seluruh warga SKKJ."yang bulat tidak datang melayang...yang pipih tidak datang melayang"